KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan Istana Budaya (IB) telah mengukuhkan kerjasama menerusi kunjungan hormat daripada YAPEIM yang diketuai oleh Ketua Pengarah, YBrs. Tuan Hj Zabidi bin Nasan ke atas Ketua Pengarah Istana Budaya, YBrs. Puan Zubaidah Mukhtar dan Pengurusan Utama IB.
Antara perbincangan utama ialah inisiatif bersama untuk melaksanakan program berbasis komuniti melalui YAPEIM Niaga: Memperkukuh keusahawanan dan ekonomi Masyarakat, YAPEIM Didik: Program pendidikan dan pembangunan insan, YAPEIM Prihatin: Bantuan sosial dan kebajikan kepada golongan memerlukan. Perbincangan turut merangkumi penerokaan mekanisme pendanaan yang inovatif bagi memastikan kelestarian program.
Kolaborasi ini dijangka menjadi anjakan paradigma dalam kerjasama strategik, dengan aktiviti berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat, sekaligus menyokong aspirasi kerajaan dalam memacu kesejahteraan rakyat.



