KUANTAN, 29 Jun 2025 – Kemeriahan Karnival Al-Falah Madani selama tiga hari berakhir pada hari ini. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian melibatkan penduduk setempat dilaksanakan dengan jayanya.
Pameran serta perkongsian melibatkan agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama) serta agensi luar mendapat sambutan yang baik dari warga Beserah.
Majlis Santuni Al- Falah Madani bagi komuniti nelayan Pantai Pelindung dimulai seawal selesai solat subuh pada hari kedua program. YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im in Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi Ketua Pengarah YAPEIM menyampaikan sumbangan kepada nelayan. Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak 105 jaket keselamatan yang akan diserahkan oleh pihak YAPEIM kepada komuniti nelayan disitu. Usai majlis serahan, YB Menteri Agama telah menziarahi lima buah keluarga asnaf bagi menyampaikan sumbangan dalam program Ziarah Musa’adah Madani.
Seterusnya YB Menteri Agama menyempurnakan Program Jelajah Ulama dan Umara Peringkat Zon Timur bagi tahun 2025. Turut hadir. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Pameran serta perkongsian melibatkan agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama) serta agensi luar mendapat sambutan yang baik dari warga Beserah. Turut menyerikan program ialah jualan produk makanan dari usahawan halal Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) serta peniaga tempatan.



















