YaPEIM bantu warga SMK Seri Mulia peroleh kelengkapan alat bantu mengajar yang baharu

YaPEIM melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Wilayah Persekutuan tampil menyerahkan alat bantuan mengajar berjumlah RM 12,000 kepada SMK Seri Mulia, Bandar Tun Razak. Sumbangan ini merangkumi 1 unit LCD Projector, 1 unit layar putih, 1 unit penghawa dingin 2.5hp, 1 unit televisyen pintar, 2 unit mesin cetak dan kerja-kerja pengubahsuaian kaunter koperasi sekolah.

Sumbangan ini telah diserahkan kepada Pengetua Cemerlang SMK Seri Mulia Puan Hjh. Sapura binti Amat oleh Ketua Penyelaras Komuniti YaPEIM PPYN Wilayah Persekutuan, En. Zulhilmie Bin Yatim melalui Program Komuniti Lestari – Sumbangan Institusi.

Keperluan infra pendidikan ini amat signifikan bagi membantu dan melancarkan urusan pembelajaran pelajar dan pengajaran guru di sekolah berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang sentiasa komited dalam menginfakkan sebahagian daripada gaji mereka untuk membantu insan yang memerlukan.