YAPEIM dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Perak dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah mengadakan sesi penyerahan rumah di bawah Program Sinar Lestari YAPEIM kepada Puan Noor Hadina binti Ahmad Marzuki, 52, di kediamannya di Kampung Pendiat, Bota Kanan, Perak.
Puan Noor Hadina yang mengambil upah membuat kuih muih dan menjahit pakaian menerima bantuan bina baharu rumah kediaman daripada YAPEIM bernilai RM80,000.
Gimik serahan replika kunci rumah telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, merangkap ADUN Belanja, YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah.
Turut hadir ke majlis ialah Pengarah PPN Perak, YBhg. Dato’ Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria dan YBrs. Puan Rafizah binti Abas, Ketua Seksyen Pengurusan Projek yang mewakili YAPEIM.





