Ramadan MADANI YAPEIM Berakhir di JBPM, Putrajaya dan JPN Pulau Pinang, Sumbang RM87,000

27 Mac 2025 – Ramadan MADANI YAPEIM melabuhkan tirainya dengan menyantuni dua lokasi terakhir, iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Putrajaya dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang di Seberang Jaya.

Program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ini menyalurkan sumbangan berjumlah RM87,000 di kedua-dua lokasi lewat petang ini.

Di JBPM Putrajaya, sejumlah RM40,000 disalurkan membabitkan sumbangan tunai YAPEIM Didik sebanyak RM100 seorang kepada 300 pelajar. YAPEIM turut menaja majlis berbuka puasa di situ.

Majlis dihadiri Ketua Pengarah JBPM Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad dan Pengarah/Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi YAPEIM Tuan Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim.

Sementara itu, di JPN Pulau Pinang, sejumlah RM47,000 diperuntukkan berbentuk sumbangan tunai YAPEIM Didik RM100 seorang kepada 300 pelajar dan tajaan majlis berbuka puasa untuk 500 orang penerima manfaat dan tetamu jemputan.

Hadir sama Pengarah Pendidikan JPN Pulau Pinang Tuan Haji Wan Sajiri bin Wan Hassan dan Ketua Seksyen Pengurusan Pejabat Pentadbiran YAPEIM Negeri Tuan Azli bin Abdullah.

Secara keseluruhan, program Ramadan MADANI YAPEIM menjelajah ke 25 lokasi di seluruh negara dengan peruntukan RM1.2 juta bagi menyantuni sejumlah 7,500 pelajar yang memerlukan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta pelajar sekolah menengah dan rendah.