Kemeriahan Aidilfitri diteruskan dengan Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pagi tadi di Dataran Kompleks Islam Putrajaya sempena Majlis Perhimpunan Agensi.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dan timbalannya YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan serta hampir 2,000 warga agensi.
Kesemua 14 agensi mengambil bahagian dengan menyediakan pelbagai menu.
YaPEIM tidak terkecuali apabila menyediakan juadah sate ayam dan daging berjumlah 8,000 cucuk sebagai menu hidangan.
YaPEIM persembahkan suatu kelainan apabila tampil dengan tema desa klasik, sekali gus dinobatkan sebagai gerai terbaik.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan ukhwah dalam kalangan warga agensi.