15 April 2025 – Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Ar Rahnu cawangan Putatan, Sabah.
Beliau turut ditemani Pengerusi Koperasi YAPEIM Berhad (KYB) Tuan Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim dan Pengurus Besar KYB Tuan Mohamad Fozi bin Tunggal.
Lawatan antara lain bagi meninjau pengoperasian cawangan pajak gadai Islam berkenaan selain beramah mesra dengan kakitangan bertugas.




