Aidilfitri MADANI YAPEIM salur RM46,500 bantu masyarakat Sabah memerlukan

14 April 2025 – Program Aidilfitri MADANI YAPEIM peringkat negeri Sabah yang dianjurkan hari ini ternyata membawa keceriaan dan meringankan beban penerima manfaat apabila sebanyak RM46,500 disalurkan di Masjid Dhuyufur Rahman, Putatan. Program yang disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar itu […]

Ketua Pengarah YAPEIM dirai dalam Majlis Perpisahan “Sekalung Budi, Sejambak Kasih”

Ketua Pengarah YAPEIM dirai dalam Majlis Perpisahan “Sekalung Budi, Sejambak Kasih” 10 April 2025 – YAPEIM hari ini meraikan Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Ameer Ali bin Vali Mohamed dalam Majlis Perpisahan “Sekalung Budi, Sejambak Kasih” bertempat di Ibu Pejabat YAPEIM di Ochre @ Alamanda, Putrajaya. Majlis yang berlangsung dengan suasana penuh rasa hormat dan syukur […]

Ramadan MADANI YAPEIM Berakhir di JBPM, Putrajaya dan JPN Pulau Pinang, Sumbang RM87,000

27 Mac 2025 – Ramadan MADANI YAPEIM melabuhkan tirainya dengan menyantuni dua lokasi terakhir, iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Putrajaya dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang di Seberang Jaya. Program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ini menyalurkan sumbangan berjumlah RM87,000 di kedua-dua lokasi lewat petang ini. Di JBPM Putrajaya, […]

Ramadan MADANI YAPEIM Sumbang RM85,000 Di KDH, Kajang dan Maahad SAS, Jengka

26 Mac 2025 – Program Ramadan MADANI YAPEIM lewat petang ini bertandang ke Kolej Dar al-Hikmah (KDH) di Kajang, Selangor dan Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini (Maahad SAS) di Jengka, Pahang. Sejumlah RM85,000 diperuntukkan bagi menyantuni pelajar yang memerlukan di kedua-dua lokasi yang terdiri dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah menengah dan […]

YAPEIM Sumbang RM45,000 Melalui Ramadan MADANI YAPEIM, Bantu Pelajar Memerlukan di Gambang, Pahang

GAMBANG, 22 Mac 2024 – Program Ramadan MADANI YAPEIM petang ini singgah di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Gambang, Pahang dan membelanjakan sejumlah RM45,000 bagi menyantuni pelajar yang memerlukan. Penerima manfaat sumbangan ini terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta pelajar sekolah menengah dan rendah dalam kalangan keluarga miskin tegar, keluarga miskin […]

Ramadan MADANI YAPEIM Sumbang RM84,500 di PULAPOL Kuala Lumpu dan UTHM Batu Pahat, Johor

21 Mac 2024 – Yayasan PembangunanEkonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM84,500 lewat petang ini bagi menyantuni pelajar yang memerlukan di dua lokasi iaitu Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, Johor. Sejumlah RM40,000 diperuntukkan melalui program Ramadan MADANI YAPEIM di PULAPOL Kuala Lumpur […]

Program Ramadan MADANI YAPEIM di 3 Lokasi Petang Ini Salur Sumbangan Sejumlah RM137,000

20 Mac 2025 – Program Ramadan MADANI YAPEIM lewat petang ini menyantuni penerima-penerima di tiga lokasi iaitu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak dan UniKL British Malaysian Institute (BMI) di Gombak, Selangor. Program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ini menyalurkan sumbangan berjumlah […]

YAPEIM Peruntuk RM1.2 Juta Untuk Program Ramadan MADANI YAPEIM Bantu 7,700 Pelajar Memerlukan

GOMBAK, 19 Mac 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) memperuntukkan sejumlah RM1.2 juta bagi program Ramadan MADANI YAPEIM di lebih daripada 20 lokasi di seluruh negara dengan sasaran bantuan kepada 7,700 pelajar yang memerlukan. Penerima manfaat adalah pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah rendah dan sekolah menengah dalam kalangan keluarga miskin tegar, keluarga miskin […]