YaPEIM turut serta reruai kesejahteraan rakyat di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan

Johor Bahru, 17 Ogos 2024 : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan pengunjung  sempena Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 15 hingga 17 Ogos 2024, di Dataran UTM, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. 

Bersempena program ini, YaPEIM menyediakan kaunter pendaftaran Rakan Strategi Infaq, Direct Debit YaPEIM serta Skim Ar-Rahnu YaPEIM Khidmat Cuci Emas secara percuma kepada pengunjung yang hadir. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Abdul Halim Hamzah turut berkesempatan mengunjungi kaunter reruai YaPEIM dan menyantuni para petugas yang ada.

Pendekatan Program MADANI Rakyat 2024 diadakan dalam usaha menyebar luas dan mempromosikan inisiatif baharu kepada rakyat amat bertepatan dengan keperluan masyarakat pada masa kini. Tumpuan dalam melaksanakan dasar Ekonomi MADANI sentiasa berterusan dan membuktikan Kerajaan komited dalam memperkasa rakyat, usahawan dan industri  sejak setahun dilancarkan.

Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi MADANI telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 17 Ogos 2024.

Loading