YaPEIM, TNB perkukuh kerjasama dua hala

27 Mei 2024 – Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed hari ini mengadakan kunjung hormat ke atas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan di ibu pejabat TNB di ibu negara.

Kunjung hormat bertujuan meluaskan kerjasama strategik dalam aspek pembangunan sosioekonomi, pendidikan dan pembangunan sosial.

Turut hadir Ketua Divisyen Sumber Dana Puan Parihah Hasan, Pemangku Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi Encik Muhamad Khairul Anuar Ibrahim dan Ketua Seksyen Syariah Ustaz Muhammad Shahier Sa’min.

Juga hadir ialah Pegawai Perhubungan (Pelanggan dan Rakan Kongsi) di Pejabat Presiden TNB Ir. Ts. Fizal Azuan Mhd Sidin.

Pertemuan ini diharap dapat meningkatkan lagi kerjasama strategik antara YaPEIM dan TNB dalam pelaksanaan program kemasyarakatan dan amal jariah di seluruh negara.