YaPEIM Teruskan Bantuan Kepada Petugas Barisan Hadapan

Kuala Lumpur, 23 Mac 20 – Bantuan sempena Misi #MUSAADAHCOVID19 diteruskan lagi melalui sumbangan yang dihulurkan melalui #jombelidansumbang yang dilaksanakan oleh Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Fazil Fauzi, Pengurus Besar Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia(PBSMM) @ Malaysia Red Crescent(MRCS) yang diwakili oleh Encik Abi Said Al Khudri Hussin, Pengarah Operasi PBSMM Ibu Pejabat Kebangsaan.

Sumbangan berjumlah RM1,300 ini telah diagihkan kepada petugas barisan hadapan PBSMM yang kini melaksanakan tugasan saringan di Hospital Selayang, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi dan Akademi Audit Negara serta petugas Panggilan Kecemasan Area Hotspot di LDP dan Ulu Klang. Turut hadir ialah Encik Azuwan Shah Sabri, Pegawai Kecemasan Ambulan dan Encik Mohd Shah Rizal Shaharudin, Ketua Bahagian Operasi YaPEIM’S Mart.

Pihak PBSMM juga kini melaksanakan program #responsMalaysia yang disokong penuh Kementerian Kewangan. Maklumat lanjut boleh layari web www.responsmalaysia.com

Diharapkan akan lebih ramai lagi yang menyumbang bagi meringkan beban yang ditanggung oleh petugas-petugas ini.

Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad melalui rangkaian Pasaraya YaPEIM’S Mart mengambil inisiatif menyediakan satu kemudahan #jombelidansumbang kepada para pelanggan YaPEIM’S Mart yang ingin menyumbang barangan keperluan asas dan menyumbangkan semula kedalam kotak sumbangan Foodbank YaPEIM.

Pelaksanaan boleh dibuat melalui :

1. Belian di Pasaraya YaPEIM’S Mart
2. Belian di Jualan Mesra YaPEIM
3. Belian melalui platform online YaPEIM’S Mart

https://kyte.site/yapeims-mart-online
https://www.cmasa.my

Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang prihatin.

#yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim #covid19 #CMASA #yapeimsmart #MUSAADAHCOVID19 #Foodbank