YaPEIM Tampil Bantu Golongan Memerlukan

KUALA LUMPUR, 22 Mac 20 – Seramai 598 keluarga penduduk miskin dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda di sini, pagi ini menerima sumbangan menerusi Program Foodbank YaPEIM #MUSAADAHCOVID19.

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Sumbangan yang disampaikan adalah berupa barangan keperluan asas berjumlah RM300 seorang selain wang tunai RM200 yang akan disalurkan terus kepada akaun 598 orang penduduk terbabit membabitkan agihan peruntukan berjumlah RM328,900.

Majlis berlangsung dalam suasana yang ringkas, membabitkan hanya 12 orang wakil penduduk dalam kurang 10 minit.

Terima kasih kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.

#yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim #mymenteriagama #MUSAADAHCOVID19 #bhonline