YaPEIM santuni 45 mangsa banjir di Sandakan, Sabah

YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah menyampaikan bantuan berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM13,500 kepada 37 ketua isi rumah (KIR) di Kg Sungai Memanjang dan 8 ketua isi rumah (KIR) di Kg Pertanian, Sandakan yang dilanda banjir hujung Disember lalu.

Penyerahan bantuan telah disampaikan oleh En. Mohd Khairi bin Ismail selaku Ketua Unit Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Sabah kepada mangsa-mangsa banjir. Turut hadir En.Kamal Md. Said selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat N50 Gum-Gum.

Para penerima meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang amat bermakna ini sekaligus dapat meringankan beban keluarga penerima ketika keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Infaq Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.