YAPEIM Menyantuni Pelajar Yang Memerlukan Di Jeli dan Arau Lewat Petang Ini Melalui Ramadan MADANI YAPEIM

17 Mac 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) memperuntukkan sejumlah RM90,000 bagi menyantuni pelajar yang memerlukan menerusi program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) hari ini di Politeknik Jeli, Kelantan dan Politeknik Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

Penerima manfaat YAPEIM Didik adalah dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) serta pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. YAPEIM juga menaja majlis berbuka puasa.

Di Jeli, sejumlah RM43,000 diperuntukkan dengan RM30,000 dalam bentuk YAPEIM Didik kepada 300 pelajar, selain menaja RM13,000 untuk majlis iftar bagi 800 jemputan dengan peruntukan bersama Politeknik Jeli Kelantan.

Majlis dihadiri Pengarah Politeknik Kelantan Tuan Gs. Mohd Zamre bin Ab Rahman dan Pengarah/Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi YAPEIM Tuan Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim.

Sementara itu, di Arau, sejumlah RM47,000 disalurkan dengan 300 pelajar menerima RM100 seorang atau sejumlah RM30,000 bantuan YAPEIM Didik manakala RM17,000 adalah untuk majlis iftar untuk 400 orang.

Majlis ini pula dihadiri Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ts. Khairul Anuar bin Ishak, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Tuan Haji Che Rasaidi bin Che Yob dan Pengarah/Ketua Divisyen Tadbir Urus YAPEIM Tuan Rozaidie bin Mustaffa.

Sebelum ini program RMY singgah di Politeknik Kota Kinabalu, Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan IPG Kampus Sultan Mizan di Besut, Terengganu.