YaPEIM menaja Majlis Khatam Al-Quran di sekolah

YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sarawak menaja RM2,088 sempena penganjuran Majlis Khatam Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Tebelu, Simunjan, Sarawak yang disertai oleh 21 orang pelajar berumur 12 tahun.

YaPEIM sebagai sebuah institusi berpaksikan pembangunan Syiar Islam menyokong penuh penganjuran program-program seumpama ini kerana membantu melahirkan generasi pelapis yang celik dan sayang kepada Al-Quran.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Juma @ Jumaat bin Jumalai selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah PPD Simunjan dan diringi oleh Guru Besar, Timbalan YDP PIBG SK Tebelu. Turut hadir Ketua Unit dan staf Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Sarawak.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Infaq Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM. Sumbangan anda amat bermakna dan memberikan sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.