10 Julai 2024 – Delegasi YaPEIM mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan lewat petang ini di Putrajaya.
Kunjungan ini antara lain bagi menzahirkan penghargaan YaPEIM kepada warga KKM yang bersama-sama dalam program Rakan Strategik Infaq (RSI) YaPEIM.
Perbincangan juga menjurus kepada memperkukuhkan kerjasama pintar yang sedia terjalin serta sinergi kerjasama dalam program-program YaPEIM dan KKM.
Delegasi YaPEIM diketuai Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed. Turut serta Ketua Divisyen Sumber Dana Puan Parihah binti Hasan; Ketua Seksyen Sumber Dana Korporat YM Tengku Idzmul Aziim bin Tengku Alang dan Ketua Seksyen Sumber Dana Runcit Encik Mohd Idham bin Mohamed Yunus.
Semoga hubungan baik antara YaPEIM dan KKM dapat dieratkan dari semasa ke semasa.