YaPEIM, Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya meterai MoU

20 Mac 2024 – YaPEIM bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam menjayakan inisiatif perkongsian pintar membabitkan Program Rakan Strategik Infak (RSI) YaPEIM.

Kerjasama dua hala yang berlangsung selama lima tahun itu disifatkan bakal menguntungkan kedua belah pihak terutama akan memanfaatkan warga Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya dari segi agihan sumbangan yang dilakukan menerusi program RSI YaPEIM.

Dalam majlis menandatangani MoU itu, YaPEIM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed manakala Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya diwakili Yang Dipertuanya, Dr. Hj Aminuddin bin Ahmad. Turut hadir Pengarah Hospital Putrajaya, Dr. Hajah Suraya binti Amir Hussin.