YAPEIM, AmBank Islamic meterai kerjasama bantu usahawan

28 Januari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan AmBank Islamic meterai kerjasama strategik bagi membantu usahawan asnaf dan B40 menerusi pelaksanaan Program iTEKAD.

Majlis perasmian kerjasama strategik ini disempurnakan di Menara AmBank Islamic, Jalan Yap Kwan Seng, pada pagi ini.

Dalam majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Ameer Ali bin Vali Mohamed mewakili YAPEIM dan Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Tuan Eqhwan Mokhzanee yang mewakili AmBank Islamic turut bertukar surat hasrat (LOI) sebagai simbolik kerjasama yang telah dimeterai.

Menerusi perbincangan yang mendalam dan konstruktif antara kedua-dua pihak sebelum ini telah sepakat untuk menyokong 40 usahawan asnaf dan B40 secara lebih inklusif.

YAPEIM mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan peluang yang diberikan AmBank Islamic dalam menjayakan kerjasama strategik menerusi program iTEKAD ini.