Veteran ATM terima sumbangan YaPEIM

YaPEIM melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah bekerjasama dengan Persatuan Veteran ATM Cawangan Semporna bagi melaksanakan Program Inspirasi YaPEIM di Semporna, Sabah baru-baru ini.

Program kali ini melibatkan sumbangan kepada 20 orang penerima veteran ATM yang menerima tunai RM150 dan bakul makanan YaPEIM bernilai RM100. Penerima manfaat terdiri daripada pesara ATM, balu dan keluarga miskin.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh En. Selabi bin Mohamad, Ketua Penyelaras YaPEIM Sabah dan Sarawak diiringi oleh En. Mohd Tahir bin Haji Sawabi, Ketua Cawangan Persatuan Veteran ATM Daerah Semporna.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang sentiasa komited dalam menginfakkan sebahagian daripada gaji mereka untuk membantu insan yang memerlukan.