Timbalan Perdana Menteri rasmi FSY2024

1 Oktober 2024 – Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof merasmikan Forum Serantau YAPEIM 2024 (FSY2024) di sebuah hotel di Putrajaya, petang ini.

FSY2024 menghimpunkan kira-kira 60 penceramah dan ahli panel dari dalam dan luar negara dengan pelbagai latar belakang selama dua hari persidangan pada 1 dan 2 Oktober 2024.

Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof berkata, penganjuran forum yang julung kali dianjurkan oleh YAPEIM ini disifatkan sebagai medan perjumpaan dan perbincangan terbuka berkenaan kepentingan pembangunan ekonomi Islam di rantau Nusantara dan dapat memberi banyak manfaat kepada banyak pihak.

“Saya amat berharap Forum Serantau YAPEIM atau FSY2024 ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan sumbangan idea dan perkongsian pengalaman daripada tokoh-tokoh dan para peserta,” katanya.

FSY2024 berjaya menarik kehadiran 500 peserta dari dalam dan luar negara yang menyaksikan pelbagai inisiatif terhasil menerusi perkongsian pelbagai idea terkini dan relevan daripada penceramah dan ahli panel berpengalaman antaranya dari Indonesia, Kemboja, Singapura, Thailand dan United Kingdom, selain dari Malaysia.

FSY2024 mempunyai objektif untuk mengumpulkan pengamal serta pemikir dalam ekonomi dan kewangan Islam bagi mengenal pasti cabaran dan kehendak ekonomi dan kewangan semasa; merancang pelbagai pendekatan dan strategi yang berkesan untuk membantu kerajaan membangun ekonomi umat Islam.

Tambahan lagi, bagi memperkasa sektor ketiga dalam usaha membangunkan ummah dengan lebih efisien dan tadbir urus yang baik dan untuk menghubungkan jaringan dan mengeratkan rantaian serta mewujudkan sinergi dan hubungan ekonomi antara ummah di rantau Nusantara.

Loading