Sumbangan Program Ziarah Madani YaPEIM 1445H / 2024 Negeri Kedah

Bersempena dengan rahmat bulan Ramadan ini, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah mengadakan Majlis Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kedah bersama-sama dengan anak yatim dan asnaf bertempat di Dewan Terbuka, Zaques Hotel, Sungai Petani baru-baru ini.

Majlis Ihya Ramadan kali ini dihadiri hampir 800 orang tetamu termasuk murid asrama sekolah harian yang terpilih di seluruh Negeri Kedah.

Selain berbuka puasa, YaPEIM turut mengambil kesempatan menyalurkan sumbangan sebanyak RM43,500 untuk menyantuni anak yatim dan asnaf dengan pemberian duit raya serta penyerahan sumbangan barangan keperluan harian (foodbank) kepada penerima yang telah dikenalpasti oleh pihak JPN.

Simbolik penyerahan cek cura disampaikan oleh Tuan Haji Awang @ Musran bin Tawil, Timbalan Ketua Pengarah merangkap Ketua Divisyen Perniagaan Kumpulan YaPEIM kepada Tuan Haji Ismail bin Othman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

Hadir sama Tuan Haji Mohd Fauzi bin Adnan, Pengurus YaPEIM Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta Pegawai Pendidikan Daerah.

Program ini dilaksanakan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Rakan Strategik Infak YaPEIM.