Sumbangan Inspirasi Qaseh Ramadan YaPEIM 1445H / 2024 Negeri Pulau Pinang

Bulan Ramadan adalah sebaik-baik bulan untuk kita semua merebut dan meraih ‘bonus khas’ yang tidak terdapat dalam bulan lain.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi).

YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Pulau Pinang telah membuat agihan sebanyak 200 pek juadah berbuka puasa kepada pelanggan Ar Rahnu YaPEIM Sungai Dua dan masyarakat sekitar baru-baru ini.

Semoga amalan memberi juadah berbuka puasa kepada umat Islam menjadi wadah utama untuk kita terus kekal bertakwa kepada Allah.

Program ini dilaksanakan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Skim Infaq Gaji YaPEIM.