Sumbangan Aidilftiri Pusat Jagaan Warga Emas

Saat meniti usia senja pastinya kumpulan warga emas ini menginginkan kasih sayang daripada insan yang mereka kasihi serta dambakan perhatian daripada orang sekeliling.

Namun tidak semua apa yang mereka hajati dapat dipenuhi. Bagaimanapun Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM prihatin dengan nasib dan keperluan mereka apabila menyalurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Warga Emas Al Fattah, Semenyih Selangor.

Sumbangan berupa bantuan tunai RM20,000 serta 50 set makanan berjumlah RM2,500 telah diagihkan petang tadi. Sumbangan telah diserahkan sendiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad.

Alhamdulillah sebaik menerima sumbangan ini terpancar keceriaan di wajah rata-rata warga emas ini yang kebanyakkannya sudah uzur.

YB Senator Datuk Haji Idris turut mengambil kesempatan berbual serta bertanya khabar dengan penghuni pusat jagaan warga emas ini. Sungguh sayu mengenangkan nasib mereka ini.