Sukarelawan YaPEIM turun padang bantu barisan hadapan negara

Kuala Lumpur : Seramai 44 kakitangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berdaftar sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Paksin (PPV) Mega di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Kesemua sukarelawan sudah memulakan tugas sejak Selasa lalu dan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C.

Progran sukarelawan ini adalah kerjasama di antara YaPEIM dan KPJ Healthcare Berhad yang bertujuan untuk mewujudkan imuniti kelompok selari dengan hasrat kerajaan.

Antara lain peranan sukarelawan ini adalah membantu penerima vaksin untuk urusan daftar masuk MySejahtera, mengiringi mereka ke stesen pemberian vaksin, menjawab pertanyaan serta beberapa tugas am yang sudah ditetapkan.

Mula bertugas seawal jam 8 pagi hingga 8.30 malam, ianya turut membabitkan dua shif penggiliran yang sudah ditetapkan.

Untuk makluman, program sukarelawan di Mega PPV KLCC ini sepatutnya berakhir pada hujung bulan Jun namun disambung sehingga pertengahan bulan Julai berikutan sambutan daripada warga kerja YaPEIM untuk menjadi sukarelawan ini.

Tahniah dan syabas diucapkan atas komitmen yang diberikan.

Semoga kita dapat mempercepatkan imuniti berkelompok agar kita dapat mengekang penularan virus covid-19 ini.