Sukarelawan YaPEIM Bantu Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

MENTAKAB, 30 disember 2021 – Sejumlah 35 orang sukarelawan YaPEIM hari ini hadir bagi membantu membersihkan rumah dan kawasan banjir di Taman Zabidin, Kg Sg Ara, Mentakab.

Sukarelawan YaPEIM yang dikendalikan oleh Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YaPEIM (KeSSKY) ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diagihkan mengikut kawasan dan rumah yang dipilih.

Proses pembersihan bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 5 petang.

Rata-rata mangsa banjir mengucapkan terima kasih diatas sumbangan tenaga yang diberikan.

Untuk makluman, program sukarelawan pembersihan pada hari ini diselaraskan oleh pihak Jakim serta semua agensi di bawah Jabatan Pendana Menteri (Hal Ehwal Agama) melibatkan lebih 400 orang sukarelawan.