Pemakluman Penukaran Logo dan Akronim Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM)

 

  1. Berhubung dengan pemakluman seperti di atas, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ingin memaklumkan bahawa logo dan akronim yayasan ini telah menjalani perubahan serta mengguna pakai logo dan akronim yang baharu. Sebelum ini akronim ‘YAPEIM’ dieja sebagai ‘YaPEIM’. Oleh demikian, selari dengan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YAPEIM melalui Mesyuarat LPA Kali Ke-6 Tahun 2024 pada 26 Ogos yang lalu telah meluluskan penggunaan logo dan nama ‘YAPEIM’.

  2. Penggunaan logo dan nama YAPEIM yang baharu ini adalah sejajar dalam Pelan Reposisi Jenama YAPEIM yang menekankan penjenamaan semula imej korporat dan identiti jenama YAPEIM agar lebih segar dan mengikut arus peredaran semasa.

  3. Untuk makluman juga, penggunaan logo baharu ini adalah pelengkap bagi mencapai objektif dan sasaran jangka panjang Projek Najjah 2023-27 serta Pelan Strategik dan Bajet bagi tahun 2024 yang telah ditetap dan diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM.

Seksyen Komunikasi Korporat YAPEIM
E-mel: info@yapeim.my

Loading