Masyarakat Terus Dibantu Menerusi Program #MusaadahCOVID19

PUTRAJAYA, 23 Mac 20 – Seramai 132 orang penerima dari Zon 7 Putrajaya pagi tadi menerima sumbangan menerusi Program Foodbank YaPEIM #MUSAADAHCOVID19.

Majlis serahan tersebut telah diadakan di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 dan telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Turut hadir ialah Datuk Dr Mohd. Daud Bakar, Pengerusi YaPEIM, Tuan Haji Ajib Ismail, Pengarah JAWI, Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM dan Tan Sri Othman Mahmud, Pengerusi Masjid Mahmoodiah.

Sumbangan yang disampaikan adalah berupa barangan keperluan asas berjumlah RM300 seorang selain wang tunai RM200 yang akan disalurkan terus kepada akaun 132 orang penduduk terbabit membabitkan agihan peruntukan berjumlah RM66,000.

Majlis berlangsung dalam suasana yang ringkas, membabitkan wakil² penerima dalam kurang 10 minit.

Terima kasih kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.

#yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim #mymenteriagama #MUSAADAHCOVID19 #jawi #socialdistancing #stayathome

Write a comment