Majlis Simbolik Penyerahan Program Sharing is Caring (SIC) Agihan Bakul Makanan ke Seluruh Negara (Zon Tengah) di Wilayah Persekutuan dan Selangor

Kuala Lumpur, 7 September : Melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), SME bank telah menghulurkan wang zakat berjumlah RM50,000 dibawah Program Sharing Is Caring (SIC) agihan bakul makanan ke seluruh negara.

Simbolik serahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM kepada YBhg. Encik Mohd Ridzal Mohd Sheriff, Ketua Pengarah YaPEIM. Menerusi program ini telah menyantuni seramai 500 ahli keluarga yang terdiri daripada pemandu teksi dan peniaga kecil.

Turut hadir menjayakan majlis tersebut ialah Tuan Hj Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah selaku Cief D Mission Program SiC, Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharudin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Tuan Haji Mohd. Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan juga Tuan Hj. Muhyiddin bin Aziz, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.

Beberapa wakil persatuan peniaga dan pemandu teksi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hadir menerima sumbangan.