Keprihatinan YaPEIM terhadap KYPJ

YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Johor telah menghulurkan bantuan RM5,000 kepada pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) yang terdiri daripada golongan keluarga B40 dan asnaf baru-baru ini.

Encik Mohd Nabil Fikri bin Mustakim, Pengurus Negeri Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Johor telah hadir menyampaikan taklimat ringkas berkenaan YaPEIM serta berkongsi peranan YaPEIM dalam membantu masyarakat sejagat ke arah kehidupan yang lebih baik. Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Eksekutif KYPJ, Puan Hjh. Haslinda binti Abu Bakar dan pengurusan KYPJ.

Pihak KYPJ menzahirkan rasa syukur dan berbangga kerana YaPEIM cakna akan permasalahan kewangan yang dihadapi pelajar. Semoga YaPEIM terus utuh membantu masyarakat yang memerlukan.

Program ini dilaksanakan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Skim Infaq Gaji YaPEIM.