Kuala Lumpur : “Arwah suami sempat membuat panggilan video selama 5 minit dan tidak menyangka itu merupakan kali terakhir saya menatap wajahnya,”
Rosmaiza Shafi, 37.Rosmaiza dan suaminya Mohd Naser Nordin, 37 antara yang positif Covid-19 dan lebih memilukan, tulang belakang keluarga itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga.
“Selepas tujuh hari dirawat, arwah suami menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kekuatan saya kini pada anak-anak untuk meneruskan kehidupan.
“Alhamdulillah, kedua ibu bapa turut memberi semangat selain YaPEIM turut memudahkan kehidupan saya kerana bakal bertugas di Ar Rahnu YaPEIM cawangan Machang bermula Mac ini,” katanya.
Rosmaiza kini mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan dan meneruskan kehidupan bersama tiga anaknya.
Untuk rekod, Rosmaiza sudah berkhidmat di salah sebuah anak syarikat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) selama tujuh tahun.
Kunjungan ziarah ini dilaksanakan Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YaPEIM (KeSSKY) menerusi Pengerusi KeSSKY Mohd Radzali Abd Latiff.
Dalam kunjungan ini, KeSSKY turut menyampaikan derma kilat hasil kutipan para warga kerja YaPEIM bernilai RM10,012 dan diserahkan kepada Rosmaiza.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid yang hadir sama dalam ziarah kali ini turut menyatakan salam takziah terhadap Rosmaiza dan memberi suntikan kata-kata semangat kepadanya.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pelaburan YaPEIM Awang @Musran Tawil dan Pengarah Kanan di Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Operasi YaPEIM Mohammad Zamri Zakaria.