Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM komited santuni masyarakat

Klang, 24 Ogos : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Selangor telah menyantuni keluarga Puan Maimon Binti Jalil di Kampung Delek Kanan, Klang.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ridzal Bin Mohd Sheriff, Ketua Pengarah YaPEIM.

Puan Maimon, 62 atau lebih mesra dengan panggilan Cik Mon tinggal bersama suami dan seorang anak yang berusia 23 tahun. Suami Cik Mon mengalami penyakit 3 serangkai dan kini sukar untuk bergerak di samping pendengaran kini agak terbatas.

Anak Cik Mon, merupakan pekerja kilang yang tidak dapat bekerja sejak tahun lepas kerana kilang tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh PKP. Sebelum ini, pendapatan keluarga dibantu oleh anak Cik Mon dan kini mereka hilang sumber pendapatan.

Semasa ditemui, Cik Mon juga menyatakan dia ada mengambil upah untuk menjual kerepek di hadapan bank. Namun atas faktor kesihatan dia tak dapat meneruskan penjualan makanan tersebut.

Program Inspirasi Qaseh kami – Inspirasi Prihatin YaPEIM ini menyasarkan penerima manfaat daripada golongan asnaf, keluarga miskin atau miskin tegar, kumpulan B40, golongan rentan, keluarga mangsa bencana dan mereka yang terkesan dengan pandemik.

Terima kasih diucapkan kepada Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang senantiasa komited dalam menghulurkan sumbangan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

BIMB : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YPEIM Skim Pembangunan YPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967