Seri Iskandar, 11 Februari : “Saya memeluk Islam dengan kerelaan hati dan saya tidak pernah berputus asa dalam menjalani kehidupan saya seharian,” Loges Iskandar Abdullah, 35.
Tambahnya yang sudah memeluk Islam sejak 2018, dirinya kini mula lebih mendalami Islam dan setiap cabaran yang dihadapi menjadi buat dirinya dalam menempuh kehidupan.
“Menjadi seorang Muslim daripada kalangan keluarga agama lain sememangnya mempunyai cabaran tersendiri dan saya yakin, satu hari nanti pasti ada sinar untuk saya dan keluarga,” katanya.Iskandar ketika ditemui di Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Seri
Iskandar turut menzahirkan rasa syukur atas usaha yang diperlihatkan YaPEIM dalam inisiatif membantu golongan saudara baru sepertinya.
Menerusi Program Inspirasi Qaseh Kami di Seri Iskandar ini, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, penyerahan pek bantuan ini merupakan inisiatif agensi agama dibawah portfolio Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
“YaPEIM meletakkan sasaran penyerahan sumbangan Foodbank kepada 1,000 saudara baru di seluruh.
“Maka, penyerahan hari ini merupakan perintis kepada saudara baru dan YaPEIM mengambil langkah proaktif untuk mendekati dan menyantuni golongan saudara baru sekaligus mengurangkan bebanan mereka terutamanya di waktu pandemik Covid-19,” katanya.
Hadir sama, Pengarah Kanan di Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Operasi YaPEIM, Zamri Zakaria dan Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Pengurusan Strategik YaPEIM, Sabariah Zainal Abidin.