Inspirasi Qaseh Kami : Sumbangan Prihatin YaPEIM kepada 13 keluarga mangsa bencana ribut

TRONG, 14 Februari 2022 : YaPEIM melalui Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Perak semalam telah menyumbangkan Wang Tunai RM500 dan Set Foodbank YaPEIM (Dryfood) bernilai RM100 kepada setiap 13 keluarga mangsa bencana ribut di Trong dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Sungai Tinggi.

Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad. Turut mengiringi beliau Dr. Mohd Hafiz Fauzi, Ketua Divisyen Sosioekonomi dan Amal Jariah YaPEIM.

Pihak Pejabat Penghulu Mukim Sungai Tinggi dan para penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada YaPEIM atas sumbangan diberikan. Semoga dengan usaha seperti ini dapat meringankan beban kepada mereka yang terkesan akibat Pendemik Covid 19 ini.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak YaPEIM ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh penerima. Program ini dilaksanakan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

Bank Islam : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

Maybank : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YaPEIM Skim Pembangunan YaPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967