Inspirasi Qaseh Kami : Santuni Ibu Tunggal

Beaufort, 8 September – Skuad Qaseh Kami memacu 4 roda ke satu daerah yang berjarak kira-kira dua jam dari Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah, Kota Kinabalu untuk menyantuni dua orang ibu tunggal.

Misi ini adalah dibawah bantuan Inspirasi Prihatin YaPEIM iaitu bantuan sara hidup dalam bentuk wang tunai berjumlah RM200 disamping makanan asas kering Foodbank YaPEIM Dryfood.

Puan Rozita Jileh dan Puan Mariani Majamal masing-masing menyara dua dan empat orang anak yang masih kecil dan ada yang telah bersekolah. Sebagai ibu tunggal mereka menghadapi masalah untuk memohon kerja kerana status mereka yang telah berkahwin dan mempunyai anak sering ditolak oleh majikan.

Puan Rozita mengambil upah mengasuh anak saudara manakala Puan Mariani terpaksa mengharap ehsan orang tuanya kerana pekerjaan beliau terpaksa dihentikan sementara. Beliau sebelum ini bekerja di sektor pelancongan terpaksa menumpang rumah orang tuanya kerana tidak mampu lagi bertahan disebabkan terputus punca pendapatan akibat tiada kemasukan pelancong di daerah ini semenjak Covid19 melanda negara.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka serba sedikit kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang sentiasa komited dalam menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui pautan berikut :-

Laman Web: qaseh.digitalyapeim.com

Sumbangan Inspirasi Prihatin: https://qaseh.digitalyapeim.com/inspirasi-prihatin-yapeim/

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967