Inspirasi Qaseh Kami : Prihatin kepada keluarga pesakit kronik

Pengkalan Chepa, 06 September : Dikala pandemik Covid-19 yang melanda negara kita, ramai yang terjejas pendapatan dan hilang punca pencarian. Ditambah lagi dengan di kalangan keluarga mengalami penyakit kronik dan kos rawatan yang tinggi.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia melalui Unit Penyelarasan Komuniti YaPEIM Negeri Kelantan mengambil inisiatif membantu keluarga dalam kalangan B40 mengurangkan bebanan perbelanjaan Kos Rawatan dan harian.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary diiringi oleh Pengurus YaPEIM Negeri Kelantan, Nik Mohd Nurul Ihsan Bin Salleh.

Antara penerima sumbangan bantuan melalui Program Inspirasi Prihatin YaPEIM ini adalah Jawiah Binti Awang 64 tahun, yang mempunyai penyakit Hilang Ingatan sejak sekian lama menyebabkan beliau memerlukan penjagaan sepenuhnya. Beliau hanya dijaga oleh anak bongsu beliau yang terpaksa menangguhkan pekerjaan bagi menjaga ibunya.

Kos penjagaan dan kos keperluan yang agak tinggi menyebabkan beliau memerlukan bantuan lain bagi menampung kos tersebut. Syukur tidak terhingga apabila kehadiran pihak yapeim dalam memberi bantuan kepadanya.

Penerima kedua adalah Muhammad Rusdi Bin Abdullah 52 tahun, mengalami strok sejak 6 tahun dulu. Beliau berasal daripada Daerah Jeli terpaksa berpindah ke rumah kakaknya di Pengkalan Chepa. Beliau dijaga sepenuhnya oleh kakak beliau dan anak bongsu beliau.

Kos rawatan dan jagaan yang tinggi juga memaksa beliau terpaksa mengharapkan bantuan daripada orang ramai bagi menampung kos rawatan tersebut. Beliau terharu dengan kunjungan dari pihak YaPEIM kerana situasi sekarang memang beliau memerlukan bantuan.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

BIMB : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YaPEIM Skim Pembangunan YaPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967