Inspirasi Qaseh Kami : Peritnya Hilang Kerja Akibat Pandemik Covid19

Terengganu, 18 Julai : Pandemik Covid19 yang melanda seluruh dunia ketika ini memberi kesan kepada semua orang terutamanya golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dikurangkan gaji sehingga 50 peratus atau mereka yang hilang punca pendapatan.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah menyalurkan sumbangan kewangan RM500 melalui Program Prihatin dan dalam masa sama agihan sumbangan barangan keperluan harian bernilai RM100 kepada setiap keluarga menerusi Program Foodbank YaPEIM 3.0 dengan kerjasama Kelab Kebajikan Keluarga Anak Istimewa Negeri Terengganu bagi mengenalpasti keluarga asnaf dan miskin.

Turut merasai keperitan itu ialah Ab Halim Hitam, 44, yang tinggal di rumah tumpangan Chendering, Kuala Terengganu berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang baru dalam sepanjang penularan wabak Covid19.

“Beliau mengakui apabila hilang pekerjaan bermula bulan Oktober tahun lepas sekaligus hilang punca pendapatan RM1,200 sebulan adalah antara paling sukar yang dilaluinya apabila memikirkan nasib isteri dan anak-anaknya seramai 9 orang dimana 3 daripadanya orang kelainan upaya (OKU). Anak- anak istimewa beliau berumur 18 tahun, 15 tahun dan 12 tahun manakala 4 orang lagi anaknya masih bersekolah rendah serta 3 orang anak berusia 4 tahun dan 11 bulan kembar.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada YaPEIM diatas sumbangan yand sedikit sebanyak dapat membantunya sekaligus meringankan beban keluarganya,,” katanya dalam keadaan sebak.

Salah seorang penerima lagi, Azwan Ahamad @ Mohamad, 45, mengidap penyakit ketumbuhan di kepala pada tahun 2016 yang tinggal di Bukit Che Nik, Marang mempunyai isteri tidak bekerja dan 5 orang anak yang berusia 5 tahun sehingga 17 tahun manakala 2 daripadanya orang kelainan upaya (OKU) dimana salah seorang hyperaktif yang agresif dan 2 orang masih bersekolah rendah serta yang berusia 5 tahun mengidap penyakit sawan yang kronik.

Wakil Kelab Kebajikan Keluarga Anak Istimewa Negeri Terengganu (KAIS), Tn Hj Ngah Bidin merakamkan setinggi penghargaan dan berterima kasih kepada YaPEIM atas sudi dan keprihatinan membantu ahli-ahli KAIS yang sangat miskin, mempunyai anak-anak istimewa (OKU) dan mempunyai ramai tanggungan anak yang masih bersekolah. Semoga YaPEIM sentiasa dihati masyarakat terutama Kelab Anak Istimewa Negeri Terengganu, “katanya.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang sentiasa komited dalam menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat bermakna kepada mereka yang memerlukan. Kami hanya perantara dalam menyampaikan amanah anda.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

BIMB :14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YPEIM Skim Pembangunan YPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967