Inspirasi Qaseh Kami : Penduduk terjejas banjir dapat sumbangan YaPEIM

JELI, 17 Januari 2022 : Sebanyak 40 set barangan periuk nasi elektrik dan 40 set makanan ready to eat kepada 40 orang penerima, baru-baru ini.

Sumbangan telah diserahkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada penduduk kawasan yang terkesan dengan banjir khususnya di kawasan Lakota dan Kuala Balah.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Major Ibrisham Bin Jalaludin Pegawai Agama Jajahan Jeli diiringi Pengurus YaPEIM Negeri Kelantan, Nik Mohd Nurul Ihsan Bin Salleh.

Menurut salah seorang penerima memberitahu sejak banjir pada tahun 2014 melanda, kawasan kampung ini belum pernah lagi mengalami banjir, namun pada tahun ini kawasan tersebut dinaiki air banjir.

Selain itu, sumbangan Inspirasi Prihatin juga diserahkan kepada Jefri Bin Mohd yang menderita sakit lumpuh selepas menerima gejala akibat suntikan vaksinasi kali kedua. Sekarang beliau tidak mampu berkerja dan mengharapkan ihsan daripada orang ramai.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

Bank Islam : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

Maybank: 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YaPEIM Skim Pembangunan YaPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967