Inspirasi Qaseh Kami : Pemandu Teksi, Pelajar Sekolah terima Foodbank

Kuantan, 12 Ogos : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Unit Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Pahang telah memberi bantuan sebanyak 420 pek barangan makanan asas (Dry Food) kepada Pemandu-pemandu Teksi Daerah Kuantan dan keluarga pelajar yang terjejas pendapatan, anak yatim dan miskin melalui 3 buah sekolah di daerah Kuantan.

Sebanyak 3 persatuan teksi menerima sumbangan foodbank iaitu Persatuan Pemilik Permit dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Daerah Kuantan, Persatuan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pahang Timur dan Persatuan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa Jalan Pasar Kuantan.

Manakala, 3 sekolah yang menerima barangan foodbank adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Gambang, Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Lepar Hilir 3 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bungor.

Dalam usaha mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) berikutan situasi pandemik Covid 19, sumbangan hanya diserahkan secara simbolik kepada wakil pemandu-pemandu teksi dan pihak sekolah untuk diagihkan kemudian kepada penerima.

Terimaan sumbangan kepada pemandu-pemandu teksi diwakili oleh En Abdul Rahim bin Harun, manakala bagi sekolah diwakili oleh Puan Januati binti Ibrahim (Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Gambang), Puan Rosmida binti Mat Piah (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK LKTP Lepar Hilir 3), dan Puan Monalita binti Mat Nih@Salleh (Guru Besar SK Paya Bungor).

Berpeluang sekejap bertanya khabar seorang daripada pemandu teksi yang terjejas, Encik Kamari bin Sobar, beliau memberitahu bahawa 90% pendapatan terjejas dengan purata 3 hingga 4 hari baru ada seorang penumpang.

Situasi sekarang sangat meresahkan buat mereka yang bukan sahaja hanya dapat sedikit sahaja pendapatan untuk menampung kehidupan sendiri dan keluarga tetapi juga terpaksa merisikokan keselamatan apabila membawa penumpang pada waktu pandemik Covid 19 ini.

Semoga dengan bantuan tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penerima. Buat para penyumbang Tabung Amanah YaPEIM, semoga sumbangan ikhlas anda mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Sumbangan anda sangat bermakna kepada mereka yang memerlukan. Program ini dilaksanakan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Tabung Amanah YaPEIM. Kami hanya perantara dalam menyampaikan amanah anda.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

BIMB : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YPEIM Skim Pembangunan YPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967