Inspirasi Qaseh Kami : “Pelajar di hati, YaPEIM terus Berbakti”

Sentul, 16 Mac 2022 : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Wilayah Persekutuan telah menyantuni 400 pelajar Asnaf sekitar Kuala Lumpur melalui Program Bantuan Persekolahan YaPEIM – Alliance Bank dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan WPKL dengan menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan yang bernilai RM30,000.00.

Serahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Hj. Awang@Musran Tawil kepada Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD menjalankan tugas, Pengarah JPWPKL, Encik Mohd. Najib Bin Ab. Rahman.

En.Mohd Najib turut berbesar hati dan sangat bersyukur menerima 400 Set sumbangan keperluan sekolah daripada pihak YaPEIM – Alliance Islamik Bank yang berupa Beg sekolah, Beg Pensil, Set Alat tulis, Set Pensil warna, Face mask N95, Hand sanitizer, Bekas makanan dan bekas minuman dapat membantu meringankan beban yang dihadapi masyarakat yang mempunyai anak-anak sekolah ketika pandemik Covid-19.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

Bank Islam : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

Maybank : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YaPEIM Skim Pembangunan YaPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967