Port Dickson, 25 Ogos : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah menyalurkan bantuan Program Inspirasi Prihatin YaPEIM kepada ibu tunggal, pesakit kronik dan asnaf kurang berkemampuan.
Penerima pertama Puan Aloha Binti Pelawis sanggup berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan Foodbank YaPEIM di Arrahnu YaPEIM Cawangan Port Dickson. Pendapatan suaminya yang terjejas ketika ini memaksa Puan Aloha memohon bantuan untuk kelangsungan hidup seharian. ‘Alhadmulillah mak cik bersyukur puan dapat bantuan ini. Terima kasih banyak-banyak’ katanya selepas menerima bantuan sumbangan Inspirasi Prihatin YaPEIM dan Foodbank Dryfood.
Penerima kedua Puan Siti Fatimah Zailah juga seorang OKU penglihatan dan anggota badan bersama 4 orang anaknya kehilangan tempat bergantung kerana suaminya meninggal dunia. Arwah suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori arang batu terlibat dengan kemalangan dimana lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut ketika melakukan proses pembersihan arang batu di jeti Jimah Power Plant, Port Dickson.
Penerima ketiga Puan Nurul Hidayah Mohd Yusop dan 2 orang anaknya juga kehilangan tempat bergantung dimana suaminya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Beliau terpaksa menjual motorsikal dan kereta milik arwah suaminya untuk mengurangkan kos sara hidup berikutan pendapatannya tidak dapat menampung perbelanjaan bulanan yang tinggi.
Penerima keempat Encik Roselie Bin Yusof seorang pesakit kanser mata hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Pada mulanya beliau seorang pemandu teksi, oleh kerana keadaannya yang tidak mengizinkan untuk memandu jauh beliau telah bekerja sebagai pemandu lori dobi yang membuat perkhidmatan membawa kain kotor hotel untuk dicuci disekitar Port Dickson. Beliau terpaksa berhenti membawa lori kerana hotel-hotel disini tidak beroperasi.
Penerima kelima Puan Saedah Binti Abdul Rahman mengidap penyakit minor strok tidak dapat menguruskan diri dengan sempurna dan hanya mengharapkan bantuan keluarga. Suaminya hanya bekerja sebagai penjual buah dan hasil jualan menurun sepanjang PKP dan ianya tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga.
Penerima keenam Puan Saniah Binti Awang pengidap sakit jantung tahap 4 menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hari. Puan Saniah juga perlu membuat rawatan susulan di Institut Jantung Negara. Suaminya tiada pendapatan tetap dan perbelanjaan ditanggung oleh anak-anaknya.
Kesemua penerima menerima bantuan wang tunai Inspirai Prihatin YaPEIM sebanyak RM500 dan 1 set Foodbank barangan keperluan harian untuk setiap seorang yang disampaikan oleh Squad Qaseh YaPEIM Negeri Sembilan.
YaPEIM menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu yang terlibat khususnya para penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang bersama membantu masyarakat yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19.
Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-
BIMB : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)
MBB : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)
BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YPEIM Skim Pembangunan YPEIM)
Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967