Inspirasi Qaseh Kami : “BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL”

Hulu Selangor, 02 Mac 2022 : Ujian yang berat perlu dipikul Puan Norazlinawati Amsah, 49, yang telah kematian suami 3 tahun lalu akibat penyakit darah tinggi kronik menyara 6 orang anaknya dan salah seorangnya Muhammad Fitri Rayyan, 7, merupakan seorang oku yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Beliau menyara keluarga dengan hanya meniaga burger dimalam hari sangat memerlukan bantuan disamping anaknya yang oku perlu berulang alik ke 3 hospital yang berlainan dalam sebulan kerana anaknya mempunyai masalah kaki yang serius.

Berlainan pula kisah seorang lagi penerima yang mana tragedi 17 Februari 2022 memberi kesan yang amat perit untuk dilalui oleh seorang bapa Mohd Azman Bin Ishkah, 61 selepas pemergian anak perempuannya Siti Nor Amirah, 23 yang meninggal di dalam Satu Tragedi Kemalangan Maut.

Menurut ayahnya arwah dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal di laluan sebelah kanan bergesel dengan lori menyebab arwah terjatuh lalu digilis kenderaan itu. Pemergian arwah Siti Nor Amirah amat memberi kesan yang mendalam bagi keluarga beliau.

Azman kini tinggal bersama isteri dan 5 anaknya yang masih dibangku sekolah. Azman juga mempunyai seorang anak Autism (Masalah Pembelajaran).

Serahan Sumbangan dilaksanakan melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Selangor (PPYN Selangor) dengan menyampaikan sumbangan tunai menerusi Program Inspirasi YaPEIM sebanyak RM 500 kepada setiap penerima.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

Bank Islam : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

Maybank : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YaPEIM Skim Pembangunan YaPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967