Inspirasi Qaseh Kami : Agensi-agensi agama hulur bantuan banjir di Segamat

Segamat, 04 Januari 2022 : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Senator Tuan Haji Idris Ahmad ziarah mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) seluruh daerah Segamat, semalam.

Agensi-agensi agama menghulurkan bantuan makanan serta peralatan kelengkapan solat bagi memudahkan aktiviti ibadah dilaksanakan di PPS.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut menyumbang barangan Foodbank berupa beras, gula, minyak masak dan keperluan asas lain.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.

Sumbangan anda telah memberi sinar harapan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup mendepani ujian dan musibah yang mendatang.

Bantulah kami dalam memberikan maklumat berkaitan mereka yang memerlukan bantuan.

Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui :-

Bank Islam : 14023010000082 (Tabung Kebajikan Dan Pelajaran YaPEIM)

Maybank : 564016103182 (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

BSN : 1410029864503006 (Tabung Kebajikan Pelajaran YaPEIM Skim Pembangunan YaPEIM)

Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967