SG Buloh, 20 Mac 20 – Prihatin dengan situasi semasa COVID-19, YaPEIM menggerakkan usaha bagi menjayakan misi #MusaadahCOVID19 untuk meringankan beban petugas hospital berkaitan COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Bantuan FoodBank YaPEIM – Ready To Eat kepada 766 kakitangan hospital tersebut secara berperingkat bermula hari ini, isnin dan rabu yang menyantuni barisan hadapan seramai 2298 kakitangan hospital.
Timbalan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Shahabuddin Bin Ibrahim mewakili pihak Hospital bagi menerima sumbangan dari pihak YaPEIM.
Terima kasih para penyumbang Tabung Amanah YaPEIM
Sumbangan anda mampu memberi semangat dan menceriakan para petugas InsyaAllah.
#yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim #covid19 #MUSAADAHCOVID19