Kajang, 22 Ogos – Rezeki yang paling berharga dan besar dalam hidup kita adalah Iman dan Islam yang patut disyukuri dan dihargai. Walau pun mendapat kasih sayang seorang ayah hanya seketika, tapi syukur kerana masih ada ibu yang menjaga mereka tiga beradik.
Natasha Pinky Woon, 17 adalah anak kedua daripada tiga beradik. Abangnya baru kemalangan jalanraya dan adik masih bersekolah rendah. Ibu pula sejak peninggalan ayah, terpaksa bekerja menjual barang secara online bagi menampung keperluan mereka sekeluarga.
Alhamdulillah, YaPEIM terpanggil untuk menghulurkan bantuan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Selesa Homes, Kajang melalui sumbangan Inspirasi Prihatin YaPEIM (IPY) berjumlah RM500 untuk menampung perbelanjaan anak ini menempuh hari mendatang bersama keluarga.
Kebetulan Pengerusi Persatuan Penduduk, iaitu DSP Zamzam adalah penyumbang Skim Infaq Gaji YaPEIM sejak sesekian lama sebelum ini dan banyak membantu menjayakan program taklimat YaPEIM kepada anggota polis.
YaPEIM merakamkan setinggi penghargaan kepada para penyumbang yang telah banyak membantu meringankan beban ramai keluarga yang sedang dalam kesulitan lebih-lebih lagi golongan muallaf.
Untuk sumbangan ke Tabung YaPEIM boleh dibuat melalui pautan berikut :-
Laman Web qaseh.digitalyapeim.com
Sumbangan Inspirasi Prihatinhttps://qaseh.digitalyapeim.com/inspirasi-prihatin-yapeim/
Sumbangan Ikhlas Tuan dan Puan layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967