Pelancaran Gold Bar Edisi Khas Merdeka YaPEIM Tahun 2020

KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2020 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerusi YaPEIM Gold Sdn Bhd berbesar hati mengeluarkan 4,000 keping Gold Bar Edisi Khas Merdeka 2020 yang ke-63 tahun sempena sambutan kemerdekaan negara kali ini. Kepingan Gold Bar edisi khas yang didatangkan dengan dua koleksi eksklusif seberat 1 gram dijual pada harga serendah […]

250 Keluarga Terima Sumbangan YaPEIM

Kajang, 7 Ogos – Seramai 250 keluarga di sekitar Kampung Sri Jambu dan Taman Muhibah di sini, menerima agihan daging korban serta bantuan barangan keperluan asas bernilai RM50 sempena majlis penutup Program Ibadah Qurban Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 2020. Pengagihan yang bertempat di Surau An Najah, Kampung Sri Jambu, di sini turut dihadiri […]

Nasib 500 Asnaf Terbela

Bota, 5 Ogos – Seramai 500 penerima dari kalangan keluarga miskin serta golongan asnaf menerima bantuan barangan keperluan asas pada program Inspirasi Musaadah COVID-19 di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Bakong dan Masjid Fadzullah, Telok Kepayang, di sini. Sumbangan disampaikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berupa […]

YaPEIM Ringan Beban Ibu Tunggal

Bota, 5 Ogos – Ketabahan ibu tunggal, Rapeah Zainal, 41, membesarkan tiga anaknya selepas kematian suami tercinta penuh ranjau apabila anak keduanya Nurul Amylia Kamarul Zaman, 16, menghidap gangguan tiroid dan memerlukan rawatan berkala di Hospital Batu Gajah, Perak. Dengan hanya mengharapkan gaji mengasuh kanak-kanak serta bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, beliau […]

Program Ibadah Qurban YaPEIM 1441H/2020M Inspirasi AidilAdha YaPEIM

Bertempat di Surau Annuar, Kampung Matang Lot, Padawan Sarawak Penduduk sekitar Kampung Matang Lot turut sama mendapat perhatian untuk agihan daging korban daripada seekor lembu. Terima Kasih kerana memilih untuk melaksanakan Qurban tahun in dengan Tabung Ibadah Qurban YaPEIM.

Jualan Mesra Sempena 36 Tahun Sambutan Ulang Tahun YaPEIM 1984 – 2020

PETALING JAYA, 24 JULAI 2020 – Sempena sambutan ulangtahun ke 36 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), telah diadakan jualan mesra YaPEIM’s Mart dan Daging Segar di Perkarangan Bangunan Mentari, Bandar Sunway Jualan yang dianjurkan ini terbuka kepada semua masyarakat dengan harga yang berpatutan. Barangan seperti sardine, kicap, gula, susu, tepung dan bermacam-macam lagi dijual […]

QASEH SKUAD YaPEIM Santuni Warga Emas dan OKU

HULU LANGAT, 24 JULAI 2020 – YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengadakan Program Inspirasi Sentuhan Qaseh menyantuni warga emas, Puan Robakya Bt Abdul Majid, 79, yang menjaga satu- satunya anak tunggal beliau iaitu Abdul Yahziri Bin Abdul Aziz yang terlantar sakit. Puan Robakya dan Abdul Yahziri sekarang mendiami rumah yang cukup daif […]

Majlis Pelancaran Kempen Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2020

BUKIT JELUTONG, 20 Julai 2020 – Ar Rahnu YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2020 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM bertempat di Kaunter Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Bukit Jelutong, Selangor. Majlis Pelancaran ini diadakan bersempena ulangtahun […]

Kelompok B40 Terus Disantuni

BUKIT PAYONG – 200 penerima dari golongan B40 disantuni oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di bawah Program #Inspirasi Musaadah Covid 19. Para penerima ini dikenalpasti melalui pimpinan masyarakat setempat telah menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain. Sumbangan ini adalah sepenuhnya usahasama YaPEIM, JAWHAR, YWM, YTWP selaku agensi […]

100 Penerima Asnaf dan B40 Menerima Sumbangan

ALOR GAJAH, 10 JULAI 2020 – 100 penerima dari golongan B40 dan asnaf disantuni oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) di bawah Program Inspirasi Musaadah Covid 19. Para penerima ini dikenalpasti melalui pimpinan masyarakat setempat serta kerjasama dari Jawatankuasa & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) telah menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, […]