Kelompok B40 Terus Disantuni

BUKIT PAYONG – 200 penerima dari golongan B40 disantuni oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di bawah Program #Inspirasi Musaadah Covid 19.

Para penerima ini dikenalpasti melalui pimpinan masyarakat setempat telah menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain.

Sumbangan ini adalah sepenuhnya usahasama YaPEIM, JAWHAR, YWM, YTWP selaku agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama MAIDAM.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Turut hadir, Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu yang juga ADUN Bukit Payong, YB Ustaz Hj. Mohd. Nor Hamzah, Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM serta Tn Hj Ruslan Bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR.

Write a comment