250 Keluarga Terima Sumbangan YaPEIM

Kajang, 7 Ogos – Seramai 250 keluarga di sekitar Kampung Sri Jambu dan Taman Muhibah di sini, menerima agihan daging korban serta bantuan barangan keperluan asas bernilai RM50 sempena majlis penutup Program Ibadah Qurban Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 2020.

Pengagihan yang bertempat di Surau An Najah, Kampung Sri Jambu, di sini turut dihadiri Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan serta barisan pengurusan YaPEIM.

Menurut, Ketua Kampung Sri Jambu, Mohd Khalid Mohd Noor, sumbangan barangan keperluan asas serta pengagihan daging korban pada kali ini amat signifikan selepas beberapa kelurga terjejas akibat banjir beberapa minggu lalu.

Katanya, pengagihan yang dibuat sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta membantu mereka yang amat memerlukan.

Untuk rekod, bantuan barangan keperluan asas bernilai RM50 itu adalah hasil daripada program Foodbank YaPEIM 2.0 menerusi Tabung Amanah YaPEIM yang kini sudah mengeluarkan belanja lebih RM2.2 juta.