Ziarah Kasih Buat Yang Diuji: Tanda Peduli, Hulur Empati

Sebagai tanda keprihatinan, YAPEIM menyalurkan sumbangan berjumlah RM45,000 di bawah Program YAPEIM Prihatin kepada semua mangsa kemalangan bas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak pada 9 Jun lepas.

Melalui pelaksanaan Program Ziarah MADANI PEDULI ke 10 buah rumah keluarga mangsa hari ini, sejumlah RM10,000 telah disumbangkan kepada 5 orang pelajar yang mengalami kecederaan dan 5 orang waris keluarga yang terkorban dimana menerima RM1,000 setiap pelajar dan waris pelajar.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada semua yang terlibat.

Ziarah ini melibatkan keluarga:
• Almarhumah Sufea Adela binti Maslihaizan
• ⁠Nur Ain Najwa binti Mohd Ilias
• ⁠Almarhum Mohammad Aqil Taqiuddin bin Mohd Sofian
• Almarhumah Nurly Sahirah binti Azman
• Almarhumah Fatin Nasrien binti Fadli
• Tuan Muhammad Adham bin Tuan Adnan
• Abdul Wafiy bin Kamarudin
• Nur Izzati binti Md Rajmi
• Almarhumah Anis Sofiyya binti Md Zaidi
• Aimi Nasuha binti Che Azmi

Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan wakil dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Prof. Dr Azmil bin Hashim.

Bersama YAPEIM, beberapa agensi turut menghulurkan bantuan termasuk Yayasan Taqwa-MAIWP, PPZ-MAIWP serta Tabung Musa’adah JAKIM-YWM yang menggambarkan kesatuan hati dan komitmen dalam mengangkat beban mereka yang diuji.

Tragedi ini bukan sahaja menggores hati seluruh rakyat Malaysia tetapi juga memberi kesan mendalam kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang serta pelajar-pelajar yang mengalami kecederaan.

Semoga sumbangan ini mampu menjadi penyuluh semangat dan memberikan kegembiraaan buat keluarga dan pelajar yang terkesan. Doa kami sentiasa mengiringi kalian.