Tawau, 28 Februari 2026 – YAPEIM menyalurkan sumbangan berjumlah RM62,500 bagi program Ramadan MADANI YAPEIM dalam 3 program di daerah Tawau, Sabah.
Program pertama Majlis Iftar telah diadakan di Surau An-Nur SMK Tawau, melibatkan 9 buah sekolah yang menerima bantuan pendidikan serta 1 buah sekolah yang menerima bantuan infrastruktur.
Sumbangan berupa bantuan tunai kepada 300 pelajar, tajaan majlis berbuka puasa dan sumbangan bantuan infrastruktur telah disampaikan oleh Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia merangkap Pengerusi Penglibatan Ibu bapa, Komuniti & Swasta (PIBKS) Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Hj Mohammad Arif bin Tun Hj Sakaran.
Program kedua iaitu Majlis Moreh telah berlangsung di Kolej Vokasional Tawau. Seramai 230 orang pelajar bersama guru-guru hadir selepas menunaikan solat sunat tarawih yang diadakan di Surau Kolej Vokasional Tawau.
Seterusnya, program ketiga ialah serahan pek sahur kepada kakitangan serta waris pesakit di Hospital Tawau. Penyampaian telah disempurnakan oleh Puan Rina Jainal, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah kepada para penerima, sebelum turut sama bersahur bersama pelajar Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Tawau.
Penyaluran sumbangan ini memanfaatkan pelajar yang memerlukan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT), pelajar sekolah menengah dan rendah.
Majlis turut dihadiri Pengurus YAPEIM Negeri Sabah, Encik Selabi bin Mohammad dan Ketua Seksyen Pembangunan Kemasyarakatan YAPEIM , Encik Hussein bin Masngot.










