YAPEIM Sumbang RM56,000 Melalui Ramadan MADANI YAPEIM di Perlis

Kangar, 27 Februari 2026 – YAPEIM menyalurkan sumbangan berjumlah RM56,000 bagi program Ramadan MADANI YAPEIM di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Penyaluran sumbangan ini memanfaatkan pelajar yang memerlukan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) serta pelajar sekolah menengah dan rendah.

Sumbangan berupa bantuan tunai kepada 300 pelajar, tajaan majlis berbuka puasa dan sumbangan bantuan infrastruktur.

Majlis dihadiri Pengerusi Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Tuan Noor Amin Ahmad; Ketua Seksyen Pengurusan Risiko & Pematuhan YAPEIM, Tuan Muhammad Mikhail bin Gerinsa dan Timbalan Rektor Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ts. Dr. Shamsul bin Saniron.